Ahad | 11/10/2026 | 10:56:06 pm
HomeGaya HidupDi sebalik bangunan kayu lama, tersimpan sejarah kegemilangan Kuala Dungun

Di sebalik bangunan kayu lama, tersimpan sejarah kegemilangan Kuala Dungun

DUNGUN – Hampir seabad berlalu, kira-kira 100 unit kedai kayu di Kuala Dungun, Terengganu masih berdiri dan terus menjadi pusat perniagaan, sekali gus menyimpan sejarah kegemilangan bandar itu sebagai pusat perdagangan utama suatu ketika dahulu.

Deretan bangunan dua tingkat yang sebahagiannya dibina sejak 1933 itu bukan sahaja mengekalkan ciri seni bina tradisional, malah masih digunakan untuk pelbagai aktiviti perniagaan termasuk restoran, kedai runcit, perkakasan, barangan elektrik dan motosikal.

Seorang peniaga tempatan, Ang Ah Kiang, 76, berkata kewujudan kedai kayu berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan Kuala Dungun daripada sebuah perkampungan nelayan kepada bandar perdagangan yang pesat membangun.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|