Ahad | 11/10/2026 | 9:50:14 pm
HomeEkonomiBelanjawan 2027Reformasi tatakelola diperkasa, kos urus niaga mahu dikurangkan

Reformasi tatakelola diperkasa, kos urus niaga mahu dikurangkan

KUALA LUMPUR – Mempercepat urusan kerajaan, mengurangkan kos perniagaan dan meningkatkan keyakinan pelabur antara tumpuan utama Belanjawan 2027 menerusi agenda reformasi tatakelola serta kecekapan pentadbiran.

Laporan Tinjauan Ekonomi 2027 menyatakan, pembaharuan itu menjadi antara tonggak penting kerajaan untuk memperkukuh daya saing ekonomi negara, meningkatkan keberkesanan institusi dan memastikan kemampanan fiskal.

Belanjawan Madani kelima itu, yang merupakan tahun kedua pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), akan terus berlandaskan kerangka Ekonomi Madani dengan mengimbangi keperluan rakyat dan usaha memudah cara aktiviti perniagaan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|