Ahad | 11/10/2026 | 10:31:52 pm
HomeEkonomiPTPTN tawar diskaun 10 peratus kepada peminjam yang bayar secara konsisten

PTPTN tawar diskaun 10 peratus kepada peminjam yang bayar secara konsisten

KUALA LUMPUR – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan bulanan sehingga RM3,000 bakal menikmati kelonggaran pembayaran balik pinjaman menerusi inisiatif Belanjawan 2027, termasuk penangguhan bayaran dan kadar minimum RM50 sebulan.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, langkah berkenaan dijangka membantu meringankan beban kewangan peminjam, khususnya golongan berpendapatan rendah, selain menggalakkan pembayaran balik pinjaman secara konsisten.

Menurutnya, peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan layak memohon penangguhan bayaran balik sepanjang 2027, manakala mereka yang memperoleh pendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000 sebulan hanya perlu membayar sekurang-kurangnya RM50 sebulan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|