SHAH ALAM – Penyanyi Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 31, memberikan respons “Astaghfirullahalazim” apabila ditanya tentang kabar angin pertunangannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Bella menegaskan dia kini mahu fokus kepada anak-anak terlebih dahulu dan akan berkongsi apa-apa perkembangan di masa hadapan.
“Apa-apa nanti Bella beritahu,” katanya selepas majlis Roadtour Scor A + SPM PTTI di sini hari ini.
Sementara itu, Syed Saddiq, 33, enggan mengulas lanjut dan hanya mengiyakan apa yang dikatakan Bella.
Beliau meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik dan menegaskan untuk menjaga kehidupan peribadi agar tidak mengganggu kerjaya mereka.
Terdahulu, tersebar khabar angin yang mengatakan pasangan yang mendapat jolokan ‘BASS’ itu telah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Kabar angin itu bertambah hangat ekoran kemesraan mereka yang sering dikongsi secara terbuka di media sosial.