KUALA LUMPUR - UMNO mula menggerakkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi mengumpul sumbangan untuk membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melunaskan denda RM50 juta yang menjadi antara syarat pengampunan bersyarat terhadapnya.
ASTANA - Selepas penantian selama 44 tahun, Malaysia kembali diberi mandat besar dalam arena pengauditan antarabangsa apabila Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dipilih sebulat suara sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Institusi Audit Tertinggi Asia (ASOSAI) bagi penggal 2027 hingga 2030.
MELAKA - Seorang juru tari berusia 20 tahun berdepan empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelaki bawah umur yang didakwa berlaku ketika mangsa sedang tidur selepas menjalani latihan tarian bersamanya.
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal menjalani baki hukumannya di rumah selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap beliau.
BATU PAHAT - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak menikam adik iparnya tiga kali ketika mangsa sedang tidur dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Sri Banang, Minyak Beku, awal pagi semalam.