Jumaat • 6 Jun 2025
UTAMAJENAYAHDua individu bergelar Datuk ditahan, disyaki tipu lebih 80 jemaah haji terkandas...

Dua individu bergelar Datuk ditahan, disyaki tipu lebih 80 jemaah haji terkandas di KLIA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan melibatkan lebih 80 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, pihaknya mengesan kehadiran sekumpulan jemaah di KLIA yang sedang menunggu ketibaan seorang individu bergelar Datuk yang dijanjikan akan menyerahkan visa haji.

“Namun, visa yang dijanjikan tidak pernah diperoleh oleh jemaah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati seorang mangsa telah membuat laporan polis selepas menyerahkan pasportnya dan isteri kepada dua individu yang menawarkan pakej haji percuma, dipercayai dikendalikan oleh sebuah agensi pelancongan yang berdaftar sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun 2025.

“Mangsa dijanjikan penerbangan ke Mekah pada 1 Jun, namun sehingga 3 Jun tiada sebarang pengesahan penerbangan diterima. Mangsa juga bimbang maklumat peribadi serta pasport milik mereka disalahgunakan,” katanya.

Setakat ini, sebanyak tujuh laporan polis telah diterima berhubung insiden tersebut, namun tiada kerugian wang dilaporkan kerana pakej ditawarkan secara percuma.

Susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 36 dan 39 tahun yang dipercayai menjadi dalang kegiatan tersebut.

“Kedua-dua suspek didapati menggunakan gelaran Datuk, namun polis sedang menyiasat kesahihan gelaran tersebut,” jelas beliau.

Tambahnya, kedua-dua suspek telah direman sehari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN