Jumaat • 6 Jun 2025
UTAMASEMASAPPIP FC terajui liga SCL 2025, sedia berjuang untuk Piala Naib Canselor

PPIP FC terajui liga SCL 2025, sedia berjuang untuk Piala Naib Canselor

- Advertisement -

PULAU PINANG – Kelab bola sepak Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP FC) mencipta kejayaan cemerlang apabila menduduki tangga pertama dalam Kejohanan School Championship League (SCL) 2025.

Dengan rekod tanpa kalah, PPIP FC mengumpul sebanyak 23 mata hasil 7 kemenangan, 2 seri menjadikan mereka pasukan paling dominan dalam liga kali ini.

Dalam perlawanan penuh aksi dan strategi hebat, PPIP FC menunjukkan kehebatan bola sepak mereka dengan catatan gol sebanyak 9 gol, mengekalkan keunggulan tipis di depan pesaing terdekat, HBP FC dan PPSK FC, yang masing-masing mengumpul 21 mata.

Mereka kini bersiap sedia untuk melangkah ke pusingan seterusnya bagi merebut Piala Naib Canselor yang bakal menjadi medan pembuktian sebenar kehebatan mereka.

Pertandingan liga yang melibatkan 10 pasukan ini memperlihatkan persaingan sengit dengan corak permainan yang menarik, mencuri perhatian peminat bola sepak.

PPIP FC, dengan strategi mantap dan stamina tinggi bertekad untuk mempertahankan rekod cemerlang mereka dan membawa pulang piala berprestij itu.

Saksikanlah kehebatan mereka dalam perlawanan akan datang, di mana setiap jaringan dan aksi memukau akan menentukan siapa bakal dinobatkan juara sebenar School Championship League 2025.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN