Jumaat • 6 Jun 2025
UTAMASEMASA2.5 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang sempena Aidiladha

2.5 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang sempena Aidiladha

- Advertisement -

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menjangkakan kira-kira 2.5 juta kenderaan akan memasuki negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Sabtu ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, jumlah itu adalah berdasarkan unjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) membabitkan pergerakan kenderaan di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari 26 Mei hingga 8 Jun.

“Peningkatan trafik ini dipercayai berpunca daripada cuti persekolahan yang berterusan hingga sambutan Aidiladha, selain kemungkinan didorong oleh musim buah-buahan ketika ini di Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama.

Bagi menangani aliran trafik, JSPT melaksanakan Op Lancar bermula 31 Mei hingga 8 Jun bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya.

Hamzah berkata, anggota polis trafik akan ditugaskan secara strategik di kawasan yang dikenal pasti sering berlaku kesesakan dan kemalangan, antaranya Jambatan Pulau Pinang, Jalan Masjid Negeri, Lebuhraya Dr Lim Chong Eu serta lokasi utama di Seberang Perai Tengah.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya agar lebih berwaspada dan mematuhi peraturan demi keselamatan sepanjang perjalanan pulang berhari raya.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN