Syed Saddiq harap keadilan terpelihara dalam prosiding rayuan
Oleh Aqilah Nadhirah
Nfl jerseys In addition to our cheap NFL jerseys wholesale jerseys, we also offer wholesale custom NFL jerseys. Our custom jerseys can be designed to your exact specifications, including team logos, player names and numbers, and even custom designs. Our commitment to customer service means that our friendly and knowledgeable staff are always here to help you with any questions or concerns you may have. Welcome to our online shop specializing in cheap NFL jerseys! We are proud to offer a wide selection of high-quality jerseys at affordable prices. Whether you’re a die-hard fan of your favorite team or just looking for a great deal, our shop has something for everyone wholesale nfl jerseys.
KONGSI
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap agar kebenaran terus ditegakkan dan keadilan terpelihara dalam prosiding rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis.
Beliau yang berdepan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) menyatakan keyakinannya terhadap hujahan pasukan pembelaan.
“Saya penuh harapan dan optimis serta menyerahkan segala urusan kepada ALLAH. Saya percaya kepada fakta dan bukti yang telah dibentangkan serta pertimbangan para hakim yang arif,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Putrajaya.
“Saya penuh harapan dan optimis serta menyerahkan segala urusan kepada ALLAH. Saya percaya kepada fakta dan bukti yang telah dibentangkan serta pertimbangan para hakim yang arif,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Putrajaya.
Beliau turut memohon sokongan dan doa daripada semua pihak sepanjang prosiding berlangsung.
“Saya hanya memohon kepada sahabat-sahabat serta semua yang hadir di sini untuk menegakkan kebenaran dan memastikan keadilan terpelihara,” ujarnya.
Terdahulu, Syed Saddiq hadir ke mahkamah pada jam 10.20 pagi dengan semangat dan sempat menyapa petugas media. Turut memberi sokongan adalah selebriti Bella Astillah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz yang juga pemangku Presiden Muda.
Prosiding rayuan ini merupakan peringkat kedua pengadilan. Sekiranya rayuan beliau ditolak, Syed Saddiq masih boleh mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan. Namun, jika Mahkamah Rayuan mendapati keputusan Mahkamah Tinggi tidak dapat dikekalkan, beliau akan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan tersebut. – MYBERITA