Bapa lemas cuba selamatkan anaknya yang terjatuh ke sungai

KONGSI

SHAH ALAM — Seorang lelaki berusia 40 tahun maut selepas lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Bukit Jati, Klang, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.42 malam.

Menurut maklumat awal, mangsa sedang memancing bersama anak lelakinya yang berusia 11 tahun sebelum insiden berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN