Isnin | 12/10/2026 | 3:18:55 am
HomeNasionalPenjawat awam Johor terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000

Penjawat awam Johor terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000

JOHOR BAHRU – Seramai 20,821 penjawat awam negeri Johor bakal menerima Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM1,000 yang akan disalurkan pada minggu pertama perayaan itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan khas itu turut melibatkan penjawat awam yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri. Inisiatif ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

“Sempena Aidilfitri ini, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi turut memperuntukkan lebih RM30 juta bagi meringankan beban masyarakat dalam menyambut perayaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|