Arab Saudi sambut Aidilfitri pada Ahad

KONGSI

RIYADH/JEDDAH – Mahkamah Agung Arab Saudi mengesahkan penampakan anak bulan Syawal pada Sabtu sekali gus menyambut Syawal pada Ahad, 30 Mac.

Memetik laporan portal berita Arab News, solat sunat Aidilfitri akan berlangsung di seluruh negara sejurus selepas matahari terbit.

Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi, Sheikh Abdullatif Al-Alsheikh, mengarahkan semua cawangan kementerian untuk memastikan solat sunat Aidilfitri dijalankan di lokasi yang ditetapkan kecuali masjid yang berdekatan dengan kawasan solat khas bagi mengelakkan kesesakan.

ARTIKEL BERKAITAN