Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

KONGSI

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada esok, 31 Mac 2025 bersamaan 1 Syawal 1446 Hijrah, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa itu disiarkan menerusi siaran televisyen dan radio sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi Negeri-Negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari ISNIN, 31 Mac 2025.”

ARTIKEL BERKAITAN