MCMC belum terima permohonan sekat aplikasi InDrive dan Maxim

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat ini belum menerima sebarang permohonan rasmi untuk menyekat aplikasi e-hailing InDrive dan Maxim dari Russia yang diarahkan menghentikan operasi di negara ini berkuat kuasa 24 Julai akan datang.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa pihaknya sedia melaksanakan tindakan penyekatan jika menerima permohonan rasmi daripada Kementerian Pengangkutan.

“Setakat hari ini, MCMC belum menerima sebarang permohonan daripada Kementerian Pengangkutan untuk menyekat aplikasi berkenaan. Namun, sekiranya permohonan dibuat, MCMC akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata bahawa dua aplikasi e-hailing tersebut telah diarahkan menghentikan operasi berkuat kuasa 24 Julai, selepas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menghantar surat rasmi kepada pengendali aplikasi tersebut.

Sementara itu, Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) menggesa kerajaan bertindak tegas termasuk menyekat akses kepada aplikasi InDrive dan Maxim yang didakwa masih beroperasi tanpa mematuhi peraturan.

Dalam satu kenyataan, persatuan itu mendakwa kedua-dua aplikasi tersebut gagal memastikan pemandu mereka memiliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah seperti yang diwajibkan oleh undang-undang Malaysia.

Penghantar Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan penumpang dan keperluan menegakkan undang-undang tempatan bagi menjamin keadilan kepada penyedia perkhidmatan e-hailing lain yang mematuhi peraturan.

BACA JUGA:  Agong berkenan kunjungi bazar Ramadan Bangsar
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...