ASEAN: Pengamal media tempatan, serata dunia \’berkampung\’ di KLCC

KUALA LUMPUR — Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini mula dibanjiri ribuan pengamal media dari dalam dan luar negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadual berlangsung sehingga 27 Mei ini.

Acara diplomatik berprestij itu menghimpunkan pemimpin tertinggi daripada 10 negara anggota ASEAN bersama rakan dialog strategik termasuk China dan negara-negara Teluk.

Sidang kemuncak tahun ini membawa tema Keterangkuman dan Kemampanan, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk membina sebuah ASEAN yang bersatu, inklusif dan makmur.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, lebih 1,200 petugas media telah mendaftar bagi membuat liputan, dengan lebih 500 daripadanya mewakili agensi media antarabangsa.

“Ini jelas membuktikan minat yang mendalam serta perhatian masyarakat global terhadap sidang kemuncak ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara yang turut membuat liputan termasuk wartawan muda tempatan, Fatin Norizati Mat Isa, 25, yang terpilih untuk bertugas dalam acara berprofil tinggi tersebut.

“Sangat teruja dapat membuat tugasan di sini dan susah nak dapat peluang begini lebih-lebih lagi untuk wartawan muda seperti saya,” katanya ketika ditemui di KLCC.

Fatin turut menyatakan kesediaannya untuk terus menyumbang dalam liputan acara seumpama ini pada masa akan datang.

Sidang kemuncak ini dijangka menjadi medan penting untuk perbincangan dasar dan kerjasama serantau dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi, keselamatan, teknologi dan pembangunan mampan.

BACA JUGA:  288 PATI ditahan JIM di Hentian Kajang
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...