KUALA LUMPUR â Penyanyi muda, Zaki Yamani, tekad mahu melangkah ke hadapan atas usaha dan bakat sendiri, tanpa terus dilabel sekadar âanak kepada Datuk Jamal Abdillahâ.
Tambah penyanyi berusia 19 tahun itu mengambil keputusan berani menyertai program realiti nyanyian terbaru terbitan Astro, Raise The Star Malaysia, bagi membuka lembaran baharu dalam karier seninya.
âSaya sudah keluarkan beberapa lagu, tapi orang masih nampak saya sebagai anak Jamal Abdillah. Mereka kenal nama saya, tapi bukan kerana muzik atau identiti saya sebagai Zaki Yamani.
âSaya harap menerusi program ini, orang akan lebih nampak siapa saya sebenarnya. Bukan hanya sebagai anak kepada sesiapa, tetapi sebagai penyanyi yang ada arah seni tersendiri,â kata Zaki ketika ditemui pada pusingan Top 100 di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Pernah muncul dalam rancangan Famili Duo di TV3, Zaki akui penampilannya sebelum ini belum cukup menyerlahkan kekuatan vokal dan kematangan dirinya dalam muzik.
âWaktu itu saya masih remaja. Suara pun belum cukup âmatangâ. Abang Ajai sendiri pernah cakap, saya nampak macam tengah cari identiti dan cuba lari daripada bayangan ayah,â katanya.
Menurutnya, bukan sekadar suara, penampilannya juga sering dibandingkan dengan bapanya.
âSaya pakai jaket kulit orang samakan dengan Jamal Abdillah. Pakai singlet pun orang kata ikut gaya ayah. Saya faham, tapi kadang-kadang penat juga bila apa sahaja saya buat dikaitkan dengan dia,â katanya lagi.
Menariknya, Zaki mendedahkan penyertaannya dalam program Raise The Star Malaysia tidak dimaklumkan kepada bapanya.
âSaya memang jenis yang tak suka beritahu. Masa beli kereta pun saya tak bagitahu ayah. Begitu juga dengan hal kerja. Saya akan maklumkan bila semuanya dah berlaku,â katanya.
Dalam perkembangan lain, Zaki turut bakal muncul dengan lagu duet berjudul Aku Ada bersama Putri Dahlia, anak kepada penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin.

