Myvi hilang kawalan, pemandu tersepit dalam longkang

KONGSI

GEORGE TOWN – Seorang pemuda berusia 24 tahun mengalami kecederaan ringan selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Bukit Kukus, di sini, pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.24 pagi apabila mangsa dipercayai hilang kawalan semasa memandu di laluan tersebut.

“Pemandu tersepit di tempat duduk dan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN