Rakyat Malaysia di Iran akan dipindahkan bermula Jumaat ini – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan memulakan proses pemindahan rakyatnya yang berada di Iran bermula Jumaat ini susulan situasi keselamatan yang semakin meruncing di negara tersebut.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah ini melibatkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang termasuk perwakilan, pelajar dan pelancong yang kini berada di Iran.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa jumlah rakyat Malaysia yang telah mendaftar tidak terlalu besar, namun kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan semua pihak terbabit.

“Mereka telah digerakkan untuk keluar dari Iran dan segala persiapan berkaitan visa serta dokumentasi telah dimuktamadkan. Insya-Allah, mereka dijangka memulakan perjalanan keluar pada 20 Jun ini,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Pemindahan ini adalah susulan nasihat rasmi Kementerian Luar yang sebelum ini meminta semua rakyat Malaysia meninggalkan Iran dengan segera menggunakan apa-apa kaedah yang selamat dan tersedia.

Fahmi turut menegaskan bahawa perkembangan keselamatan di Iran kini sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal, justeru langkah pemindahan adalah wajar dan perlu dilaksanakan segera.

Difahamkan, ketegangan di rantau itu semakin meningkat sejak Jumaat lalu selepas Israel dilaporkan melancarkan serangan ke atas Iran berikutan kebimbangan terhadap pembangunan keupayaan senjata nuklear oleh Tehran.

Kerajaan Malaysia komited untuk memastikan keselamatan rakyatnya di luar negara terjamin dan akan terus memantau perkembangan semasa di Iran serta mengambil tindakan sewajarnya mengikut keperluan.

BACA JUGA:  Shah Firdaus terajui misi emas Sukan Asia 2026
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...