17 rakyat Malaysia selamat tiba dari Iran melalui jalan darat sejauh 1,000km

SEPANG – Seramai 17 rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang dari Iran selepas menempuh perjalanan mencabar sejauh hampir 1,000 kilometer melalui laluan darat demi keselamatan.

Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar berkata, laluan darat yang lebih jauh itu dipilih kerana serangan aktif dilaporkan berlaku di wilayah barat negara berkenaan.

“Kita melalui perjalanan yang agak panjang kerana keluar daripada Tehran itu kita melalui jalan darat hampir 1,000 kilometer dan bermalam di sempadan.

“Kita pilih laluan yang jauh daripada punca serangan yang datangnya daripada arah barat, jadi kita bergerak ke arah timur,” katanya ketika ditemui media di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam tadi.

Kumpulan yang dibawa keluar itu terdiri daripada 17 rakyat Malaysia, enam warga Iran yang merupakan tanggungan mereka, serta seorang warga Singapura.

Mereka menyeberangi sempadan Iran-Turkmenistan sebelum menaiki penerbangan Turkmenistan Airlines T5 647.

Setibanya di Bangkok untuk transit, mereka menaiki pesawat Malaysia Airlines MH781 dan tiba di KLIA pada pukul 11.03 malam.

Mengulas lanjut, Khairi memaklumkan proses evakuasi berdepan cabaran komunikasi susulan gangguan capaian internet di Iran.

“Kita terpaksa gunakan cara lama, iaitu khidmat pesanan ringkas (SMS), Komunikasi hanya boleh dibuat melalui nombor tempatan Iran kerana sistem roaming dari luar negara tidak berfungsi.

“Walaupun mencabar, kaedah ini membolehkan kami terus menyalurkan maklumat penting,” katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa situasi konflik di Iran berubah dengan pantas dan mengejutkan rakyat tempatan sendiri.

“Kita sudah dapat lihat pola serangan, biasanya sengit pada waktu malam, tetapi berkurang pada siang hari.

“Kedua-dua pihak menyerang sasaran strategik masing-masing, termasuk fasiliti tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Khairi berkata, masih terdapat sekurang-kurangnya 12 rakyat Malaysia yang masih berada di Iran termasuk pelajar dan individu yang berkahwin dengan warga tempatan.

BACA JUGA:  KPT arah pelajar Malaysia di Iran segera tinggalkan negara, ekoran konflik semakin meruncing
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...