Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama sebuah jentera serta kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.
“Komander operasi memaklumkan bahawa mangsa telah ditarik keluar dari landasan oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan diberikan rawatan awal oleh unit EMRS sementara menunggu ketibaan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan berasingan mengesahkan kejadian melibatkan seorang individu yang menceroboh kawasan landasan.
Berikutan insiden tersebut, syarikat pengendali LRT itu mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif di Laluan Kelana Jaya.
“Tren dari arah Putra Heights hanya berhenti sehingga Stesen Alam Megah sebelum berpatah balik, manakala tren dari arah Gombak juga menamatkan perjalanan di Alam Megah sebelum kembali semula ke Gombak,” katanya.
Rapid Rail turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan mengenai gangguan perkhidmatan akan dimaklumkan menerusi media sosial dan pengumuman di stesen. – MYBERITA








