‘Kantoi’ bawa sos dan mayonis belum bayar, remaja tular disiasat

KONGSI

JEMPOL – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang tular dalam sebuah video dipercayai mencuri di sebuah pasar raya di daerah ini ditahan polis selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bersama ahli keluarganya, kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, remaja terbabit hadir bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku pada 11 Julai lalu.

“Remaja berkenaan telah diberikan jaminan polis setelah selesai dirakam percakapan. Kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN