Monyet liar cuba bawa lari bayi gagal sebab berat

KONGSI

PETALING JAYA – Detik cemas tercetus apabila seekor monyet liar cuba menculik seorang bayi yang sedang meniarap di dalam rumah, namun gagal kerana bayi tersebut terlalu berat untuk diangkat.

Kejadian tersebut dirakam menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan dikongsikan oleh pengguna TikTok, Yana Rahman1231. Dalam rakaman itu, kelihatan seekor monyet memasuki rumah melalui celah jeriji pintu yang terbuka dan terus meluru ke arah bayi yang sedang bermain di bawah meja.

Haiwan liar berkenaan dilihat cuba mengangkat bayi tersebut, namun tidak berjaya dipercayai kerana berat badan bayi itu melebihi kekuatan fizikal monyet berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN