Terbuka Jepun: Empat regu negara mara ‘quarterfinal’

KONGSI

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila mengetuai kemaraan empat wakil beregu lelaki ke suku akhir Terbuka Jepun hari ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pasangan nombor satu dunia itu tidak berdepan masalah menewaskan beregu tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita secara straight set 21-19, 21-18 dalam masa 38 minit.

Kemenangan itu bukan sahaja mengukuhkan rekod hebat mereka dalam kejohanan bertaraf Super 750 dengan hadiah keseluruhan AS$950,000 (kira-kira RM4 juta), malah memberi suntikan motivasi dalam usaha memburu kejuaraan kedua musim ini.

ARTIKEL BERKAITAN