Jerebu jejas jadual penerbangan, penumpang keliru akibat pertukaran pintu saat akhir

SEPANG – Keadaan berjerebu yang melanda kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 dilaporkan mula menjejaskan jadual penerbangan sejak pagi tadi.

Tinjauan MYBERITA di lokasi mendapati beberapa penerbangan mengalami kelewatan hampir sejam, dipercayai berpunca daripada tahap penglihatan yang rendah serta faktor operasi dalaman.

Beberapa penumpang yang ditemui melahirkan rasa kecewa apabila mendakwa berlaku pertukaran pintu pelepasan pada saat akhir, sekali gus menyebabkan kekeliruan dan kelewatan pergerakan ke pesawat masing-masing.

“Saya tiba awal seperti biasa, tapi papan maklumat tiba-tiba tukar nombor pintu. Ramai yang keliru dan berlari ke pintu lain. Mujur sempat,” kata seorang penumpang yang enggan dikenali.

Pihak pengurusan lapangan terbang setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu kelewatan atau langkah susulan bagi menangani kesan jerebu terhadap operasi penerbangan.

Bagaimanapun, para penumpang dinasihatkan agar sentiasa peka dengan pengumuman terkini dan maklumat yang dipaparkan di skrin maklumat penerbangan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini menjangkakan keadaan berjerebu ringan mungkin berlarutan berikutan cuaca panas dan kering yang sedang melanda beberapa negeri termasuk Selangor.

BACA JUGA:  Syed Saddiq harap kebenaran menang lepas lima tahun menanti
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...