Tiga lelaki termasuk dua pelajar IPT didenda miliki video lucah jantina sejenis

KOTA BHARU – Tiga lelaki termasuk dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing didenda antara RM3,000 dan RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki gambar dan video lucah jantina sejenis dalam telefon bimbit mereka.

Kesemua tertuduh, Mohd Hanafi Ibrahim, 47; Muhammad Al Azamuddin Al Fadzil, 22; dan Mohamad Syahmi Firas Mohd Jurij, 27, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Wan Mohd Izzat Wan Abdullah.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa memiliki kandungan lucah dalam telefon bimbit masing-masing di sebuah rumah di Jalan Kemumin, Kampung Pulau Belacan, Panchor di sini pada jam 1.15 pagi, 18 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah dan Nur Haziqah Hassan yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran memandangkan perbuatan tersebut bertentangan dengan moral dan norma masyarakat.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili ketiga-tiga tertuduh, Samantha Chong Yin Xin merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman minimum kerana mereka telah insaf dan berjanji untuk berubah.

“Mereka telah menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Keluarga juga berikrar akan terus membimbing mereka ke arah jalan yang betul,” katanya.

Mahkamah kemudiannya memutuskan Mohd Hanafi dikenakan denda RM3,000 manakala dua lagi tertuduh, Muhammad Al Azamuddin dan Mohamad Syahmi Firas masing-masing didenda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Terdahulu, media melaporkan sebuah banglo di Jalan Kemumin telah diserbu polis selepas dipercayai menjadi lokasi penganjuran majlis makan malam komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dihadiri hampir 100 lelaki. Dalam serbuan itu, polis turut menahan 20 individu serta merampas ratusan kondom dan ubat HIV hasil risikan serta maklumat awam.

BACA JUGA:  Tujuh lelaki, \'Bella\' dera pemuda hingga lunyai didakwa pagi ini
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...