Ahad | 11/10/2026 | 10:57:41 pm
HomeGaya HidupAgong nasihat rakyat waspada cuaca kering, risiko kebakaran

Agong nasihat rakyat waspada cuaca kering, risiko kebakaran

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menasihatkan seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga susulan cuaca kering yang sedang melanda negara.

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa keadaan cuaca panas dan kering yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko berlakunya kebakaran dan jerebu, sekali gus menjejaskan kualiti udara serta kesihatan rakyat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan diri serta memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari semasa ke semasa. Ini kerana keadaan cuaca panas dan kering boleh menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat,” titah Seri Paduka Baginda.

Ezza
Ezza
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang mengendalikan penulisan, penyuntingan dan penerbitan kandungan berita digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|