Isnin | 12/10/2026 | 10:07:53 am
HomeJenayah30 jurugambar jalanan KLCC dikompaun, tawar perkhidmatan tanpa kebenaran

30 jurugambar jalanan KLCC dikompaun, tawar perkhidmatan tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR – Seramai 30 jurugambar jalanan dikenakan kompaun dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh KL Strike Force kerana didapati menawarkan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran pihak berkuasa di sekitar kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pada malam Ahad.

Operasi yang bermula kira-kira jam 9 malam itu disertai anggota dan pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta turut hadir dalam operasi tersebut ialah Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Menurut tinjauan operasi itu, pelaksanaan berjalan lancar walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila salah seorang jurugambar enggan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ezza
Ezza
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang mengendalikan penulisan, penyuntingan dan penerbitan kandungan berita digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|