5 Ogos hari ketiga terpendek bumi tahun ini

WASHINGTON – Hari ini direkodkan sebagai hari ketiga paling pendek di Bumi bagi musim panas tahun ini, apabila tempoh putaran lengkap planet ini menjadi lebih cepat dari kebiasaan.

Pemerhatian yang dilakukan oleh Perkhidmatan Sistem Putaran dan Rujukan Antarabangsa bersama Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat menunjukkan bahawa putaran Bumi pada 5 Ogos menjadi lebih laju, menyebabkan sehari menjadi lebih pendek antara 1.25 hingga 1.51 milisaat.

Secara normal, Bumi mengambil 86,400 saat untuk satu putaran penuh (24 jam), namun perbezaan kecil ini setakat ini tidak memberi kesan ketara kepada kehidupan harian manusia.

Menurut rekod, dua hari lain yang lebih pendek sebelum ini ialah 9 Julai dan 22 Julai 2025, menjadikan hari ini sebagai hari ketiga terpendek sepanjang musim panas tahun ini.

Para saintis mengesyaki bahawa kedudukan Bulan mungkin memainkan peranan dalam fenomena ini, namun mereka belum dapat mengesahkan puncanya sepenuhnya.

“Punca pecutan ini tidak dapat dijelaskan sepenuhnya. Kebanyakan saintis percaya ia berkaitan sesuatu yang berlaku di dalam Bumi,” kata Leonic Zotov, pakar putaran bumi dari Universiti Negeri Moscow.

Beliau turut menambah bahawa model laut dan atmosfera sedia ada masih gagal menjelaskan perubahan kadar putaran yang drastik itu.

Sementara itu, ahli astronomi NASA, Dr. Sten Odenwald, memberi amaran bahawa jika fenomena ini berterusan dan hari menjadi lebih singkat secara drastik, ia boleh menyebabkan kesan serius.

“Jika satu hari menjadi 22 jam, jam biologi manusia akan terganggu, dan ia boleh menjejaskan corak cuaca global. Kita mungkin melihat taufan yang lebih kuat dan lebih dahsyat,” katanya.

Fenomena ini kini sedang dikaji lebih mendalam oleh pakar astronomi dan geofizik di seluruh dunia untuk memahami implikasi jangka panjang terhadap bumi dan kehidupan manusia.

BACA JUGA:  Pelajar PSA teroka dunia industri minyak dan gas di Baker Hughes
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...