Khamis | 15/10/2026 | 9:41:43 pm
HomeJenayahLanggar pelajar hingga maut, anggota polis dihadapkan ke mahkamah esok

Langgar pelajar hingga maut, anggota polis dihadapkan ke mahkamah esok

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis yang terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa seorang pelajar Tingkatan Empat di Pekan Guar Chempedak pada 28 Julai lalu akan didakwa di Mahkamah Gurun, Kedah, esok.

Menurut sumber, anggota polis terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu atas kesalahan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Muhammad Nur Iman Danial Mohd Roshidi, 16, cedera parah apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu anggota polis berkenaan.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
Sebahagian daripada warga editorial MYBERITA yang membantu menyampaikan perkembangan terkini kepada pembaca menerusi platform digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|