Murid 10 tahun dipukul, ditendang dan dihentak kepala sebelum dipaksa berbogel

JOHOR BAHRU – Seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang juga pesakit kanser hidung dilaporkan mengalami gegaran otak selepas didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama, Februari lalu.

Ibunya, Siti Suhana Misdi, 39, meluahkan rasa kesal apabila pelaku berusia 12 tahun difahamkan tidak dikenakan tindakan sewajarnya dengan alasan masih di bawah umur.

Dalam kejadian jam 5 petang pada 21 Februari lalu, anaknya bukan sahaja dipukul dan ditendang, malah turut dihentak kepala serta dipaksa berbogel oleh murid Darjah Enam terbabit.

“Anak saya menerima rawatan di sebuah hospital swasta di bandar raya ini mulai 12 hingga 26 Mac lalu dan disahkan mengalami gegaran otak.

“Saya hanya mengetahui kejadian buli itu pada 24 Mac selepas anak perempuan saya mendedahkan perkara sebenar kerana bimbang melihat keadaan adiknya,” katanya.

Beliau berkata, laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Taman Universiti pada hari sama anaknya keluar hospital.

Lebih memilukan, Siti Suhana mendakwa anaknya sekali lagi menjadi mangsa buli pada 7 Ogos lalu di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai, kali ini oleh pelaku yang berbeza.

“Saya tidak pasti mengapa anak saya diperlakukan sedemikian. Mungkin kerana dia kelihatan lemah akibat penyakit yang ditanggung.

“Anak saya disahkan menghidap kanser hidung sejak dua tahun lalu. Alhamdulillah, keadaannya kini pulih 80 peratus dan hanya mengalami simptom sederhana selepas rawatan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, berkata pihaknya bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang mengambil tindakan lanjut berhubung aduan itu.

BACA JUGA:  UMPSA siasat pelajar sentuh isu 3R
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...