Isnin | 12/10/2026 | 10:09:19 am
HomeNasionalPolis tawar diskaun 50 peratus bayaran saman sempena Himpunan RXZ 7.0

Polis tawar diskaun 50 peratus bayaran saman sempena Himpunan RXZ 7.0

KUALA TERENGGANU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan saman sebanyak 50 peratus sempena program Himpunan RXZ Members 7.0 yang akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Sabtu ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, orang ramai yang mempunyai saman trafik boleh membuat bayaran di kaunter bergerak yang dibuka di lokasi program bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Potongan diskaun ini diberikan bagi menggalakkan orang ramai menjelaskan saman tertunggak, namun ia tidak terpakai bagi 10 kategori kesalahan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|