Enam stesen MRT Putrajaya henti operasi sementara untuk baik pulih

KUALA LUMPUR – Enam stesen perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya ditutup sementara hari ini bagi membolehkan kerja baik pulih dijalankan susulan gangguan bekalan kuasa yang berlaku pada jam 5.54 pagi.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, stesen yang terjejas ialah Stesen Taman Equine, Stesen Putra Permai, Stesen 16 Sierra, Stesen Cyberjaya Utara, Stesen Cyberjaya City Centre dan Stesen Putrajaya Sentral.

“Gangguan bekalan kuasa itu menjejaskan beberapa kemudahan utama di stesen terbabit termasuk lampu, lif, eskalator, pintu masuk serta pam tandas.

“Bagi stesen lain di Laluan Putrajaya, operasi tren berjalan seperti biasa. Sementara itu, perkhidmatan bas perantara percuma turut disediakan bagi membantu penumpang meneruskan perjalanan. Tren dari Stesen Kwasa Damansara akan berpatah balik di Stesen UPM,” menurut kenyataan itu.

Rapid Rail turut menyediakan bas perantara tanpa henti di antara Stesen UPM dan Stesen Putrajaya Sentral, selain bas ulang-alik dengan kekerapan setiap 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Penumpang yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 melalui Stesen Putrajaya Sentral dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan pengangkutan alternatif bagi mengelakkan kelewatan.

“Sekiranya memerlukan bantuan, penumpang boleh mendapatkan maklumat daripada petugas stesen atau polis bantuan yang bertugas. Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan ini dan menghargai kesabaran semua penumpang,” jelas kenyataan itu.

Orang ramai disarankan merancang perjalanan lebih awal serta mengikuti perkembangan terkini melalui saluran media sosial rasmi Rapid KL dan aplikasi PULSE.

BACA JUGA:  Laluan MRT Putrajaya kembali beroperasi seperti biasa – Rapid KL
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...