Amayan impi lakon filem aksi gangster, mahu simpan jambang macam Sharnaaz

KUALA LUMPUR – Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan atau lebih mesra disapa Amayan, meluahkan minat untuk menceburi bidang lakonan.

Menurut Amayan, 17, dia sangat meminati filem Blood Brothers: Bara Naga lakonan Sharnaaz Ahmad dan tertarik dengan watak Ghaz yang dibawakan oleh aktor tersebut.

“Jangan suruh saya menyanyi. Saya memang tak suka menyanyi. Kalau anda lihat saya menyanyi itu maknanya bapa saya suruh.

“Kalau diberi pilihan saya lebih suka berlakon. Tetapi saya nak berlakon filem gengster sahaja, jangan suruh berlakon filem komedi. Saya nak nampak macho sebab itu nak berlakon filem gengster.

“Sebab baru-baru ini saya tonton filem Blood Brothers dan suka dengan watak Ghaz,” katanya ketika ditemui pada majlis Hi-Tea bersama Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam, Rabu lalu.

Tambah Amayan, dia juga berkeinginan untuk menyimpan jambang seperti Sharnaaz namun tidak mendapat restu daripada ibunya.

“Saya harap saya boleh simpan jambang, tetapi mak saya tak suka sangat,” ujarnya.

Ketika ini, nama Amayan menjadi bualan ramai di media sosial apabila warganet terhibur dengan keperibadian spontan dirinya sewaktu membantu bapanya menjual produk secara dalam talian.

Namun jelasnya, dia sebenarnya tidak mempunyai bakat dalam bidang tersebut.

“Kebanyakan masa saya sewaktu menjual kosmetik, saya hanya termenung. Saya tak tahu apa nak cakap. Saya tak tahu banyak maklumat dan saya seorang yang pelupa.

“Saya memang tak pandai bercakap tapi yang peliknya orang suruh jadi pengacara. Saya tak pandai menyanyi orang suruh saya menyanyi. Saya tak pandai masak orang suruh saya jadi cef.

“Saya sebenarnya nak jadi ahli perniagaan dan menjadi pemimpin yang boleh bawa masyarakat ke depan,” kongsinya.

BACA JUGA:  Piala Sudirman: Malaysia langkah ke suku akhir
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...