JPN kembali buka tempahan foto kenangan terindah sempena Hari Pendaftaran Negara

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengumumkan bahawa inisiatif Foto Kenangan Terindah Sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara kembali dibuka kepada orang ramai bermula 1 hingga 30 Oktober ini.

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Muhammad Asraf Sukadi, menerusi hantaran video di laman TikTok rasmi JPN berkata, orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan bagi mendapatkan koleksi edisi khas berkenaan.

Menurut beliau, sambutan luar biasa yang diterima pada tahun lalu menjadi faktor utama program ini diteruskan.

“Pada tahun lepas kami ‘underestimate’ dan terima lebih 11,000 tempahan, hampir mencecah 12,000. Sambutan itu benar-benar melangkaui jangkaan kami,” katanya.

Koleksi khas tahun ini akan memaparkan foto pemilik MyKad pada beberapa peringkat usia, antaranya ketika berumur 12 tahun, 18 tahun serta gambar terkini, sekali gus menjadikannya satu koleksi bernilai sentimental.

Untuk rekod, inisiatif Foto Kenangan Terindah mula diperkenalkan pada tahun 2023 sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara. Ia menawarkan koleksi gambar MyKad dalam bingkai eksklusif yang boleh dijadikan simpanan peribadi mahupun hadiah kenangan buat keluarga.

Bagaimanapun, JPN menegaskan bahawa foto berkenaan bukanlah dokumen rasmi, sebaliknya hanya bertujuan sentimental dan simpanan peribadi semata-mata.

BACA JUGA:  Honda City rempuh dobi layan diri, pemandu tertekan pedal minyak
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...