Nylea Adzlan juara Dewi Remaja 2025

KUALA LUMPUR – Malam kemuncak Dewi Remaja 2025 menjadi saksi detik paling bersejarah dalam hidup seorang gadis berusia 23 tahun, Nylea Adzlan, apabila namanya diumumkan sebagai Juara Dewi Remaja 2025.

Kemenangan ini menandakan kelahiran satu lagi bintang muda Malaysia yang bukan sekadar cantik dan bergaya, tetapi juga berani, bijak dan penuh keyakinan.

Nylea, anak kelahiran Kuala Lumpur, sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi mempunyai personalitinya yang menarik perhatian juri dan penonton kerana sifatnya yang matang, tenang dan berdikari. Didikan keluarga yang menekankan disiplin serta nilai kerja keras dilihat menjadi tunjang kejayaannya sepanjang pertandingan.

Daripada minggu ke minggu, Nylea menonjol bukan melalui dramatik, tetapi melalui konsistensi, ketenangan dan profesionalisme. Malah, kepintarannya terserlah ketika sesi Q&A pada malam finale, sekali gus membuktikan beliau layak digelar Dewi Remaja 2025.

“Sebagai juri, kami melihat Nylea antara dewi yang sangat konsisten sejak dari episod pertama,” kata salah seorang juri Dewi Remaja 2025, Nabila Huda.

Nylea menerima mahkota, selempang, trofi, serta wang tunai RM15,000 sebagai juara. Manakala, naib juara dimenangi oleh Nelysa Kay, yang membawa pulang RM10,000, selempang dan trofi. Dheper pula di tempat ketiga dengan ganjaran RM5,000, selempang dan trofi, manakala Marisa di kedudukan keempat menerima RM2,000, selempang dan trofi.

Bagi kategori tambahan, gelaran Dewi Persahabatan dianugerahkan kepada Elisa Chew, manakala gelaran Dewi Favourite berdasarkan undian peminat jatuh kepada Sharmaine, kedua-duanya turut diraikan dengan selempang dan trofi sebagai pengiktirafan.

BACA JUGA:  Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...