Pemilik spa songsang mengaku salah dedah risiko HIV, miliki bahan lucah

BUKIT MERTAJAM – Seorang penghidap HIV yang juga pemilik sebuah spa songsang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas dua pertuduhan, termasuk mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan HIV dan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit.

Tertuduh, Khor Yik Keian, 57, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Roshayati Radellah.

Mengikut pertuduhan pertama, Khor didakwa mengetahui dirinya menghidap HIV namun tetap melakukan perbuatan yang mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan di premis Unique Two Recreation Centre, Jalan Perai Jaya 4, Perai, pada pukul 7 malam, 29 November lalu. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(a) akta sama.

Bagi pertuduhan kedua, Khor turut didakwa memiliki gambar dan video lucah dalam telefon bimbit Oppo Reno 11, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda.

Dalam prosiding berasingan, tiga lelaki iaitu Syed Al Aisy Syed Alfarley, 19; Teoh Wan Seong, 37; dan Ahmad Safwan Razali, 33, turut didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap dua individu termasuk Khor di pusat sauna yang sama. Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama. Mereka mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM12,000 setiap seorang bagi dua pertuduhan.

Selain itu, dalam kes berkaitan, Syed Al Aisy, Ahmad Safwan, Teoh Wan Seong, seorang warga China, Luo Yun, 41; A. A. Mathiyalagan, 31; dan Mohd Redduwan Zairukaperi, 48, juga didakwa memiliki bahan lucah di lokasi, tarikh dan masa sama. Tiga tertuduh pertama tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM3,000 setiap seorang, manakala Luo Yun, Mathiyalagan dan Mohd Redduwan mengaku bersalah dan dikenakan denda RM5,000.

BACA JUGA:  Tahniah Sherry, Nazim Othman

Ketujuh-tujuh individu ini adalah sebahagian daripada 13 suspek yang ditahan polis dalam operasi di sebuah spa di Perai yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti persundalan songsang pada 29 November lalu.

Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...