Sukan SEA 2025: Malaysia B-23 hempas Laos 4-1, cerah tampil juara kumpulan

BANGKOK – Skuad bawah 23 (B-23) negara membuka kempen Kumpulan B bola sepak Sukan SEA 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan Laos 4-1 di Stadium Nasional Rajamangala, sebentar tadi.

Malaysia terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal Xaysombath Bounphaeng pada minit keempat, namun skuad bimbingan Nafuzi Zain kembali mengatur rentak sebelum Haykal Danish menyamakan kedudukan pada minit ke-33 untuk menghidupkan semula momentum permainan.

Memasuki babak kedua, Harimau Muda tampil lebih garang. Haqimi Azim memperdayakan pertahanan Laos untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-59, sebelum Moses Raj menambah jaringan dua minit kemudian bagi meletakkan Malaysia selesa mendahului.

Serangan bertali arus Malaysia akhirnya membuahkan hasil sekali lagi apabila Abu Khalil menyempurnakan gol keempat pada minit ke-90, sekaligus mengesahkan kemenangan bergaya 4-1 serta memberikan kelebihan jaringan penting menjelang aksi seterusnya.

Malaysia kini berkongsi tiga mata dengan Vietnam namun berada di tangga teratas Kumpulan B menerusi perbezaan jaringan, manakala Laos tersingkir selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut.

Dengan kelebihan sedia ada, Malaysia hanya memerlukan keputusan seri dalam aksi terakhir menentang Vietnam pada Khamis ini untuk mengungguli kumpulan sekali gus mengesahkan slot ke separuh akhir.

BACA JUGA:  Nenek terlanggar 'bumper' kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf
Muhammad Haqim
Muhammad Haqim
haqim@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...