Penunggang motosikal maut langgar polis trafik

KONGSI

TANGKAK – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar seorang pegawai polis trafik yang sedang membuat pemeriksaan di lorong kecemasan Kilometer 170.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib, pihak polis menerima maklumat mengenai satu kemalangan yang berlaku melibatkan seorang pegawai polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Tangkak.

Mangsa, seorang lelaki berumur 38 tahun, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Jasin, Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN