Lebih 6,000 anggota ATM dipertugas kekal kesiagaan sepanjang Ramadan

KONGSI

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menugaskan lebih 6,000 anggota daripada ketiga-tiga cabang iaitu darat, laut dan udara bagi memastikan keselamatan serta kesiagaan di sempadan dan perairan negara berada pada tahap tertinggi sepanjang masa.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, berkata operasi ATM dilaksanakan 24 jam sehari, termasuk sepanjang bulan Ramadan, bagi memantau perairan, sempadan daratan dan kawasan strategik lain.

Beliau menegaskan, meskipun sebahagian besar anggota beragama Islam menunaikan ibadah puasa, tugas hakiki seperti rondaan dan pemerhatian tetap diteruskan tanpa kompromi.

ARTIKEL BERKAITAN