Selepas 23 tahun, MBO Cinemas umum tutup semua cawangan

KUALA LUMPUR — Pengendali rangkaian pawagam, MBO Cinemas Sdn Bhd mengumumkan penutupan semua cawangannya selepas 23 tahun beroperasi dalam industri hiburan tempatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MBO Cinemas memaklumkan pengumuman tersebut dibuat dengan penuh berat hati selepas sekian lama menjadi sebahagian daripada pengalaman menonton penonton di negara ini.

“Selepas bertahun-tahun beroperasi, MBO Cinemas kini akan menghentikan operasi sepenuhnya secara kekal. Tayangan kini berakhir.

“Ia adalah satu penghormatan besar bagi kami untuk berkhidmat kepada anda, penonton kami dan menjadi sebahagian daripada pengalaman menonton anda.

“Segala sorakan, kegembiraan dan momen emosi yang dikongsi bersama di dalam dewan panggung kami adalah sesuatu yang amat kami hargai,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, rangkaian pawagam itu pernah menutup cawangannya di Malaysia pada tahun 2020 susulan penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan operasi industri hiburan dan pawagam.

Bagaimanapun, ia kembali beroperasi pada tahun berikutnya di bawah pengurusan baharu selepas asetnya diambil alih oleh Golden Screen Cinemas.

Ketika ini, MBO Cinemas mengendalikan lapan cawangan yang terletak di Selangor, Melaka, Perak dan Johor sebelum membuat keputusan menamatkan operasi sepenuhnya. – MYBERITA

BACA JUGA:  220 kerusi ‘haram’ disita di Teluk Senangin
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...