Cuaca cecah 40 darjah Celsius, selipar kecut akibat panas melampau

KONGSI

KUALA LUMPUR – Cuaca panas melampau sepanjang musim Aidilfitri di Kedah bukan sahaja menjejaskan keselesaan orang ramai, malah turut menyebabkan kasut dan selipar getah ‘mengecut’ sehingga berubah saiz.

Perkara itu dikongsikan oleh beberapa pengguna media sosial yang mendakwa berdepan situasi pelik apabila selipar mereka tiba-tiba menjadi kecil selepas terdedah kepada suhu tinggi.

Seorang pengguna Facebook, Hizandie Shuaib berkata, suhu di kampungnya mencecah sehingga 40 darjah Celsius dengan suhu dirasai sekitar 41 darjah Celsius, terutama pada waktu puncak antara pukul 2 hingga 4 petang.

ARTIKEL BERKAITAN