KUALA LUMPUR â Pelakon Abby Abadi menitipkan nasihat buat anaknya, Marissa Dania Hakim agar tidak terlalu tertekan dengan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi susulan isu lafaz cerai dan rujuk bersama suaminya, Ahmad Aslam.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, setiap kesilapan yang berlaku bukan bermakna seseorang itu gagal, sebaliknya merupakan proses untuk menjadi insan lebih matang.
Menurutnya, Marissa juga perlu mengambil masa untuk menenangkan diri dan menghargai kehidupan yang dikurniakan Allah.
âPusing-pusing dulu lihat keindahan bumi ciptaan Allah ini. Bagi peluang untuk diri berasa nikmat kehidupan yang Allah anugerahkan.
âKalau hari ini adik belum faham erti hidup, tidak mengapa. Yang penting terus belajar dan jangan buat sesuatu sebab ramai buat, tetapi buat sesuatu yang memberi nilai dalam hidup,â katanya.Â
Dalam pada itu, Abby menegaskan nilai kehidupan bukan terletak pada siapa paling hebat, sebaliknya pada ketenangan jiwa dan hati.
Malah, sebagai seorang ibu, dia percaya setiap kesilapan yang berlaku adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dalam kehidupan.
âNasihat mama, adik baru 20 tahun. Kesilapan itu bukan makna adik gagal, tetapi tanda sedang belajar menjadi manusia lebih baik dan matang,â ujarnya.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Marissa menjadi perhatian selepas dia dan suaminya hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi proses pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang didakwa berlaku dua kali di luar mahkamah.
Peguam syarie mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri sebelum ini memaklumkan permohonan pengesahan tersebut difailkan pada 10 Mac lalu bagi menentukan kesahihan lafaz cerai dan rujuk pasangan berkenaan.
Perkongsian Abby itu dilihat sebagai kata-kata semangat buat Marissa agar terus kuat menghadapi ujian rumah tangga selain menjadikan pengalaman sebagai pengajaran dalam kehidupan. âMYBERITA

