KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Aliff Syukri Kamarzaman tampil memberikan respons selepas tular hantaran seorang pekerjanya yang menerima surat tawaran menunaikan umrah.
Menurut Aliff, pemberian tersebut dilakukan dengan penuh keikhlasan sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi pekerjanya sepanjang berkhidmat di syarikatnya.
“Allah, tak sangka pula benda ini jadi viral. Saya bagi memang ikhlas sebab awak kerja memang bagus. Apa yang penting, walaupun saya bising, awak tak pernah ambil hati. Kerja pun tak berkira masa, takkanlah saya nak berkira dengan awak,” katanya di ruangan komen.
Tambah beliau, jasa dan komitmen pekerja tersebut amat dihargai, dan pengorbanannya selama ini tidak disia-siakan.
“Terima kasih juga kerana menghargai saya dan menghargai syarikat. Jasa anda amat-amatlah saya hargai,” ujarnya.
Sebelum ini, hantaran di media sosial tular memaparkan seorang pekerja syarikat D’Herbs menerima surat tawaran menunaikan umrah sebagai ganjaran daripada majikan, yang mendapat pujian ramai atas keikhlasan dan pengiktirafan terhadap pekerja. – MYBERITA

