Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT – Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di mahkamah di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan dalam kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Maimon, Selasa lalu.

Tertuduh, Nordin Ithnin, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu sebuah van secara melulu sehingga menyebabkan kematian Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, di hadapan sekolah berkenaan pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 5 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Firdaus Ruslan yang memohon jaminan sebanyak RM10,000 berserta beberapa syarat tambahan.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Tan Song Yan memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya hanya memperoleh pendapatan sekitar RM1,800 sebulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali. Lesen memandunya turut ditahan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 25 Jun 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kejadian Selasa lalu, Nur Aini Umairah dilaporkan maut selepas dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar utama sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah van yang berada di dalam kawasan sekolah selepas menghantar barang sedang keluar menuju ke Jalan Simpang Lima–Parit Sulong.

BACA JUGA:  Bekas tentera didenda RM1,500 ceroboh Mes Pegawai Kanan Kem Terendak
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...