Ahad | 11/10/2026 | 10:55:00 pm
HomeJenayahInsiden lori hijau: Dua lelaki berdepan tuduhan curi hingga cuba bunuh

Insiden lori hijau: Dua lelaki berdepan tuduhan curi hingga cuba bunuh

JOHOR BAHRU – Insiden sebuah lori hijau yang dipandu secara berbahaya termasuk melawan arus di Pasir Gudang hujung bulan lalu kini membawa dua lelaki ke mahkamah dengan pelbagai pertuduhan, termasuk mencuri kenderaan, menghalang polis, memiliki dadah dan cubaan membunuh.

Pengarah syarikat, Chai Min Quan, 37, dan pekerja kilang plastik, Low Boon Lai, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di beberapa mahkamah di sini.

Kedua-duanya didakwa bersama-sama mencuri sebuah motolori jenis CD45 milik seorang lelaki di kawasan parkir hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Mutiara, Taman Perindustrian Plentong, Masai, kira-kira pukul 7.40 pagi pada 30 September lalu.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|