Isnin | 12/10/2026 | 12:51:17 am
HomeEkonomiBelanjawan 2027Geran Rukun Tetangga naik kepada RM10,000 setahun

Geran Rukun Tetangga naik kepada RM10,000 setahun

PETALING JAYA – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berdaftar dan aktif di seluruh negara bakal menerima geran tahunan RM10,000, berbanding RM6,000 sebelum ini, bagi memperluas pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan perpaduan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan geran itu bertujuan memberi ruang kepada komuniti setempat untuk menganjurkan lebih banyak program yang mengukuhkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Justeru ini bagi membolehkan lebih banyak aktiviti perpaduan, kemasyarakatan dan integrasi nasional dilaksanakan di peringkat komuniti yang berbilang kaum dan agama,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen, hari ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|