Ahad | 11/10/2026 | 10:32:24 pm
HomeNasionalKWAP peruntuk RM750 juta bina penginapan pelajar universiti

KWAP peruntuk RM750 juta bina penginapan pelajar universiti

KUALA LUMPUR – Isu keperluan penginapan mahasiswa di institusi pengajian tinggi mendapat perhatian apabila Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang memperuntukkan RM750 juta bagi membangunkan kemudahan kediaman khusus untuk pelajar universiti.

Peruntukan menerusi Projek Vista Kampus itu bakal memberi tumpuan kepada pembangunan penginapan pelajar di universiti awam dan swasta terpilih, sekali gus menyokong keperluan infrastruktur pendidikan tinggi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Jay Khairil Jeremy Abdullah berkata, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen pelaburan strategik KWAP yang diumumkan susulan pembentangan Belanjawan 2027.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|