Tragedi Gerik jadi iktibar, UPSI gesa organisasi bersedia hadapi krisis

Tragedi Gerik jadi iktibar, UPSI gesa organisasi bersedia hadapi krisis
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun berkata, pengalaman berdepan tragedi berkenaan membuktikan kepentingan tindakan pantas, penyampaian maklumat tepat serta kerjasama erat dengan pengamal media ketika menguruskan situasi genting. - FOTO UKK UPSI
KONGSI

KUALA LUMPUR – Tragedi kemalangan di Gerik yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tahun lalu menjadi antara pengajaran penting kepada universiti itu mengenai keperluan komunikasi strategik dan pengurusan krisis yang berkesan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun berkata, pengalaman berdepan tragedi berkenaan membuktikan kepentingan tindakan pantas, penyampaian maklumat tepat serta kerjasama erat dengan pengamal media ketika menguruskan situasi genting.

Menurutnya, organisasi tidak seharusnya menunggu sehingga krisis berlaku untuk merangka strategi komunikasi, sebaliknya perlu membina naratif kesiapsiagaan lebih awal bagi melindungi reputasi dan mengelakkan kekeliruan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN