Bella Astillah tiba di mahkamah untuk teman Syed Saddiq pagi ini

Nfl jerseys In addition to our cheap NFL jerseys wholesale jerseys, we also offer wholesale custom NFL jerseys. Our custom jerseys can be designed to your exact specifications, including team logos, player names and numbers, and even custom designs. Our commitment to customer service means that our friendly and knowledgeable staff are always here to help you with any questions or concerns you may have. Welcome to our online shop specializing in cheap NFL jerseys! We are proud to offer a wide selection of high-quality jerseys at affordable prices. Whether you’re a die-hard fan of your favorite team or just looking for a great deal, our shop has something for everyone wholesale nfl jerseys.
PUTRAJAYA – Pelakon, Bella Astillah sekali lagi hadir menemani Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Mahkamah Rayuan hari ini.
Bella, 31, berbaju kurung tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada pukul 8.40 pagi bagi menghadiri prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq terhadap sabitan dan hukuman melibatkan empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Rayuan tersebut didengar oleh panel tiga hakim selepas Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023 menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq selepas beliau didapati bersalah atas kesemua pertuduhan berkenaan.
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta, manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta. Jika gagal membayar denda, beliau boleh dipenjara tambahan selama empat tahun.
Bagaimanapun, Hakim Azhar membenarkan penangguhan pelaksanaan semua hukuman dengan syarat jaminan dikekalkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Sebelum ini, Bella pernah menemani Syed Saddiq ke sidang Dewan Rakyat, di mana kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon. Syed Saddiq segak berbaju Melayu, manakala Bella mengenakan baju kurung. Lebih menarik, anak sulung Bella, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff, turut hadir pada ketika itu dengan mengenakan kot kelabu dan tanda nama, menyerupai Ahli Parlimen.
Video kehadiran Bella di Parlimen sebelum ini turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menerusi laman Facebook beliau.
– MYBERITA









