Mayat bayi ditemui dalam tandas stesen minyak, polis terus buru suspek

SABAK BERNAM – Polis sedang giat mengesan individu yang bertanggungjawab membuang mayat seorang bayi di dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, pada 24 Mac ahad lalu.

Mayat bayi tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira jam 12 tengah hari dalam keadaan tertiarap sebelum insiden itu dilaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad, memaklumkan bahawa pegawai perubatan mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia sekitar jam 11.15 pagi.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu atau pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit,”

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, kejadian tersebut telah tular di media sosial selepas beberapa pengguna memuat naik gambar dan hantaran berkenaan penemuan mayat bayi berkenaan. Rata-rata netizen mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan itu dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pelaku.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani, di talian 018-2510452 bagi membantu siasatan.

BACA JUGA:  Lelaki didakwa cabul anak tiri berusia 15 tahun di Muar
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...